Rindukanlah | OST Playboy Itu Suami Aku
Rindu-rindukanlah Diriku Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..
As Salam. Terima kasih berkunjung ke blog Sharifdez. Nak tanya sikit ni, anda minat tak dengan drama bersiri
Playboy Itu Suami Aku yang sedang ditayangkan di TV3 jam 7 petang tu. Best tak cerita tu?
Sharifdez terlayan plak cerita Playboy Itu Suami Aku episode ke berapa entah, masa si lelaki bawa si perempuan ke tepi pantai waktu malam dan luahkan rasa cintanya. Terlayan jiwang pulak time tu, hehehee.
Dalam cerita tu, kerap keluar lagu
Rindukanlah. Baru hari ni Sharifdez perasan lagu Rindukanlah ni OST untuk drama Playboy Itu Suami Aku. Jadi, hari ni ada masa Sharifdez godek-godek tanya Pok Cik Google siapa yang nyanyikan lagu Rindukanlah ni. Rupa-rupanya
Encik Mimpi.
Siapa Encik Mimpi ni masih menjadi misteri. Mengapa, kerana beliau menyembunyikan identitinya di sebalik topeng. Macam penyanyi Bandi Amuk tu plak. Boleh baca
kisah Encik Mimpi di sini.
Oklah, jika anda minat jugak lagu Rindukanlah, jom hayati lirik lagu di bawah ni. Nanti boleh nyanyi sama-sama bila dah keluar di pusat-pusat Karaoke. Hehehee. Layan kan jer lah...