ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Seorang model terkenal dikatakan mahu bersara. Apa puncanya?
Beliau sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia peragaan dan mempunyai lebih 400 orang pelajar di kesemua cawangan akademinya.
Satu tempoh yang agak lama dalam dunia modeling ini.
Menurut beliau lagi, dia berbuat demikian bagi memberi peluang pada model-model generasi baru untuk menceburkan diri dalam dunia peragaan. Seterusnya mengecapi kejayaan yang diinginkan.
Beliau juga sudah bergelar ibu. Adakah itu juga salah satu faktor beliau ingin bersara? Bagi anda yang mengikuti perkembangan terkini supermodel ini, sudah pasti anda tahu siapa yang Sharifdez maksudkan.